Soalan : Apa hukumnya keluar air mani atau air mazi ketika puasa? Air
mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau peempuan kerana
naik syahwat.
Air
mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang
ketika puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan
memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. dan perkara
sebegini adalah tidak membatalkan puasa.
Keluarnya
mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum
keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu
dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana memikirkan perkara
membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.
Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan badan wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja.

Ustaz Nor Amin.
Keluar
air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit
tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
0 comments:
Post a Comment